[ad_1]
HARI PERTAMA


Dapat kunci bilik setelah check-in

Lobi Dash Resort Langkawi


Minuman dan makanan ringan dihidangkan sebagai tanda Selamat Datang
Before checking in into the room, kami menikmati our first lunch at the Mya Kitchen and Cocktails. Subhanallah, cantik nya view kat luar. Lunch sambil tengok laut Andaman melalui dinding glass sangatlah amazing. Saya memilih hidangan seafood Aglio Olio dan juga Ice Lemon Tea sebagai makanan tengah hari. Best part, seafood Aglio Olio dia dibanjiri dengan kepah, udang dan sotong. Sedap. Harga yang dikenakan dalam menu juga berbaloi dengan rasanya.

Seafood Aglio Olio by Mya Kitchen and Cocktails

Welcome notes and welcome sweet, the blue macaroons
Badan segar, hati pun senang. Kami terus ke The Mad Tart Patisserie untuk menghadiri Mad Hatter Tea Party. Let’s get fat! Beraneka kuih muih serta hidangan dessert di hidangkan disini. Saya paling gemar tart telur. The moisture of the tart is really appetising.

Mad Hatter Tea Party

Mad Hatter Tea Party
Now, it’s time for free and easy session. Apa lagi, terus sesi bergambar di sekeliling hotel kerana banyak port-port yang menarik untuk bergambar. As urban people said, there are lot of instagramable areas in this hotel. Oh ya, Dash Resort adalah bertemakan Alice in Wonderland, Down the rabbit holes. Jadi, cuba bayangkan luxury resort dengan element santai beserta warna yang exclusive. Menarik kan?

Hotel bertemakan Alice in Wonderland, Down the rabbit holes
Alang-alang kami ada free and easy time, kami mengambil kesempatan untuk menikmati pakej spa di Rabbit Hole Spa. Untungnya, kami dihadiahkan voucher untuk 30 minit Spa percuma. Terdapat empat jenis pilihan minyak urutan yang di campur aduk khas mengikut kesesuaian pilihan pelanggan. Ada yang bertujuan untuk hilangkan stress, ada juga minyak yang bertujuan untuk tenangkan fikiran. Jadi, saya decided serenity massage yang merupakan urutan aroma terapi teknik dari Bali bertujuan boleh menenangkan fikiran saya supaya saya lebih relax dan segar. Oh ya, hidangan jus bunga telang untuk welcome drink serta air kosong untuk penamat sesi juga disediakan.



Rabbit Hole Spa

Rabbit Hole Spa: Just Bunga Telang sebagai air selamat datang



Kolam renang infiniti

Aktiviti Pilates dilakukan ketika matahari terbenam
Setelah semuanya selesai, kami dijemput untuk menikmati hidangan makan malam bertempat di Mya Kitchen and Cocktails. Makan malam kami pada malam tersebut, Lamb Shank rendang, masakan dari Malaysia, Bebek bertutu masakan dari Indonesia, Tomyam seafood masakan dari Thailand dan Soft shell Crab masakan dari Jepun. Walau sedikit pedas, namun ianya cukup menyelerakan.

Makan malam: Lamb Shank rendang, masakan dari Malaysia, Bebek bertutu masakan dari Indonesia, Tomyam seafood masakan dari Thailand dan Soft shell Crab masakan dari Jepun.
Sebelum pulang ke bilik untuk beradu, kami sempat menyaksikan pertunjukan akrobatik api yang berlangsung di persisiran pantai. Yang menariknya, kanak-kanak dan remaja wanita juga turut membuat persembahan tersebut

Suasana di malam hari Dash Beach Club
HARI KEDUA
Hari kedua kami dimulakan dengan senaman yoga yang diketuai jurulatih profesional. It is nice to practise Yoga under the sunrise while looking at the Andaman Sea.

Matahari terbit dimulakan dengan aktiviti Yoga
Kemudian kami disajikan sarapan pagi di Mya Kichen and Cocktails. Kami memilih English big breakfast, Nasi Lemak Rendang, bijirin serta roti bakar. Saya cadangkan jika anda berkunjung ke sini, anda cuba bijirin dan big breakfast. Sedap dan pasti tidak mengecewakan.

Mya Kitchen and Cocktails: Sarapan Hari ke-2

Permandangan hotel berhadapan dengan Lautan Andaman

Putih dan biru seakan Santorini.

Studio Room

Semua bilik dilengkapi dengan 400 thread count bedsheets

Garden View Room

Garden View Room

Garden View Room

Jacuzzi Sea View Room
Hidangan makan tengah hari kali ini kami pilih pizza, nasi goreng udang dan juga bagel. Manakala untuk minuman, kami pilih air kelapa segar dan juga jus oren. Air kelapa segar sebernya sangat ngam dipadankan dengan nasi goreng udang untuk dinikmati pada waktu makan tengah hari. People say, it’s really refreshing.

Makan tengah hari: Pizza, Nasi Goreng Udang dan Bagel
Seperti biasa, disaat free and easy activity, kami akan memilih untuk bergambar disegenap sudut hotel yang sangat instagrammable ini sebelum dijemput untuk sesi evening cocktails ditepi pantai sambil menikmati sunset. Untuk evening cocktails anda boleh memilih cocktails, mocktails mahupun jus yang terdapat dalam senarai menu cocktails.

Jus sambil menikmati permandangan yang awesome
Pada malam tersebut, kami bertuah kerana dapat menikmati hidangan makan malam bersama Group Managing Director Ri-Yaz Resort, Dato Seri Mohammed Shaheen Shah Bin Mohd Sidek. Sambil menjamu selera, sempat juga di ajukan sesi Q&A bersama Dato Seri. Berasa kagum dengan rancangan Ri-Yaz group untuk membuka banyak cawangan hotel dan resort di serata Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam dengan membawa nama Malaysian Hospitality.


Mya Kitchen and Cocktails: Dinner hari ke-2
HARI KETIGA

Mya Kitchen and Cocktails: Breakfast hari ke-3

Grand Opening yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad

Thank you Dash Resort Langkawi for an amazing trip!
[ad_2]