[ad_1]
Walaupun semasa aku backpacking, kebanyakan hostel/hostel yang aku tinggal adalah hasil daripada walk-in, iaitu hotel/hostel yang paling murah dan selesa setelah kita survey hotel/hostel di sekitarnya.
Tetapi, jika kita traveling di musim cuti sekolah ataupun pada musim puncak, sebaik-baiknya kita hendaklah menempah bilik hotel terlebih dahulu. Ada juga sesetengah imigresen yang memerlukan kita untuk menunjukkan cetakan tempahan bilik. Walaupun anda menggunakan AirBNB, ada seseubuah negara sebenarnya tidak membenarkan anda untuk tinggal di rumah penduduk setempat. Jadi anda perlu tahu tips & tricks bagaimana untuk memanipulasikan situasi ini.
Semua ini adalah berdasarkan pengalaman diri saya sendiri setelah beberapa tahun berkecimpung di dalam dunia kembara ini. Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang tidak.
Semoga bermanfaat dan semoga anda berkongsi dengan rakan anda.
1. Perlukan cetakan tempahan, tetapi anda tidak menginap disitu sebaliknya tinggal dengan host Couchsurfer atau AirBnb.
Meletakkan alamat rumah kawan, hos CS ataupun hos AirBnb di dalam borang tiba adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak dan akhirnya akan menyusahkan diri sendiri. Ada sesetengah negara yang tidak membenarkan anda tinggal di rumah penduduk setempat, contohnya Myanmar. Di Jepun juga AirBnb masih lagi belum dibenarkan sepenuhnya.
Permandangan matahari terbenam di Kolam Renang Infiniti, C’haya Hotel, Tanjung Aru, Sabah |
2. Hendak menempah bilik termurah, tetapi sampai di sana nanti hendak cari bilik yang lebih murah. Jika tidak datang, takut akan kena charge.
Okay. Trick ini banyak yang tidak tahu. Anda boleh menempah bilik melalui Booking.com tanpa membuat sebarang pembayaran. Betul atau tidak?. Tempahlah bilik yang anda rasa murah dan selesa sebagai pilihan terakhir sekiranya anda tidak menjumpai bilik yang lebih murah dari itu ataupun bilik sudah penuh.
Jadi Booking.com tersangatlah best. Jom tempah bilik kat Booking.com sekarang!
3. Bagaimana pulak website yang mengenakan deposit. Memang tidak dapat menipu 3-digit. Jika tidak check-in, akan dikenakan cas.
Seperti Hostelworld & Hostelbooker, website ini akan mengenakan 10% daripada jumlah tempahan anda. Anda perlu membayar deposit ini dengan menggunakan kad kredit. Jika anda tidak muncul pada hari anda tempah, anda akan dikenakan cas 1 malam penginapan.
Untuk kes ini, penggunakan kad debit adalah sangat bijak. Pastikan kad debit tersebut sentiasa kosong dan hanya diisi wang sekiranya anda ingin menggunakan. Untuk pembayaran deposit, contohnya deposit sebanyak RM20 dikenakan, cuma isi RM20 di dalam debit kad anda. Biarkan kad debit anda kosong selepas itu. Jika anda tidak muncul, mereka tidak akan dapat mengenakan cas ke atas debit kad anda kerana transaksi ditolak.
Bilik dorm, Rainforest Bed & Breakfast, Kuala Lumpur |
4. Pencarian bilik paling murah.
Setelah mendapat harga termurah, take note terlebih dahulu. Apa yang perlu dibuat seterusnya, anda boleh menelefon hotel tersebut untuk mendapat harga promosi pada tarikh yang sama, bandingkan. Jangan lupa bertanyakan sama ada harga sudah termasuk tax ataupun tidak.
Kolam renang, Citadines Uplands Hotel, Kuching Sarawak |
5. Mengumpul points
6. Harga hotel berubah dari masa ke semasa
Jika anda membuat tempahan melalui booking.com dimana tiada bayaran dikenakan, walaupun anda telah membuat tempahan sebulan lebih awal, anda perlu untuk mencari lagi bilik di hotel yang sama di hari yang sama. Ini adalah kerana, harga hotel tersebut boleh berubah-ubah.
Pernah terjadi kepada aku, 2 bulan sebelum harga hostel harga RM200, tetapi 1 bulan sebelum harga hostel jadi RM150, tetapi sebab anda telah membuat tempahan RM200, anda perlu membayar jumlah tersebut. Jadi, apa yang anda perlu buat, batalkan tempahan anda, tempat lagi sekali supaya harga di dalam borang tempahan ditukar.
Deluxe room, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur |
7. Penggunakan Private Tab / Incognition Window
Ini ramai yang dah tahu, silala guna Private Tab untuk Mozilla ataupun Incognition Window untuk Chrome semasa mencari bilik tempah anda. Ini adalah kerana, jika anda tidak menggunakan kaedah ini, anda mungkin akan mendapat bilik dengan harga yang lebih mahal untuk lawatan ke website tersebut pada kali kedua. Ini adalah kerana website tersebut mempunyai rekod lawatan anda sebelumnya.
Trick ini juga boleh digunakan untuk pencarian tiket pesawat.
8. Percuma 1 malam, selepas menginap 10 malam
Tahukah anda, Hotels.com mempunyai program Rewards yang menarik jika anda mempunyai akaun disana. Sekiranya anda mempunyai tempahan hotel untuk 10 malam yang terkumpul, anda akan dapat percuma 1 malam (harga bilik percuma adalah dari harga purata 10 malam). Menarik bukan? Jom tempah bilik kat Hotels.com
9. Pilihan negara hendak pergi dan website hendaklah sama
Okay, tricks ini agak complicated. Contohnya, jika anda hendak booking bilik di negara Australia menggunakan Booking.com, anda janganlah membuat pilihan “Country” anda Malaysia ataupun negara lain, letakkan negara Australia dan juga currency anda letakkan “Austria Dollar”, jangan letak Ringgit. Akan terdapat perbezaan harga disitu kerana, rakyat tempatan akan dikenakan diskaun.
Jika anda memilih Country “Japan”, kemungkinan website ini akan menggunakan bahasa Jepun. Jadi anda perlu membuka website tempahan bahasa Jepun ini dengan menggunakan Google translation.
Tak tahu korang faham ke tak, cuba buka website booking.com, anda akan nampak bendera kecil di atas website tersebut. Ya, itulah yang aku maksudkan.
Kolam Renang di Pacific Express Hotel, Kuala Lumpur |
10. Buat email baru setiap kali tempah hotel
Tahukah anda, setiap pendaftaran baru dengan menggunakan link referal rakan anda, anda akan mendapatkan ganjaran dan diskaun. Betul tu, trick ini juga ramai digunakan oleh orang di luar sana. Ini saya senaraikan
a. Ganjaran rewards USD15 daripada Booking.com
b. Diskaun sebanyak RM120 selepas mendaftar AirBnb
Dah habis baca dan fahamkan? Apa tunggu lagi!!
Jom tempah hotel melalui Booking.com. Klik disini
Jom tempah hotel melalui Traveloka.com. Klik disiniJom tempah hotel melalui Agoda.com. Klik disini
Jom tempah hotel melalui HotelsCombined. Klik disini
Jom tempah hotel melalui Hotels.com. Klik disini
Jom tempah hotel melalui Trivago.com. Klik disini
[ad_2]